Arkib

Arkib Bulanan: Mei 2011

Hari ni, 25 Mei.. hari yang amat dinantikan oleh guru2 yang membut permohonan untuk pertukaran bagi sesi pertukaran Jun 2011. Sebelum tu, aku amat2 mengharapkan dan sentiasa berdoa kawan2 yang mana berjauhan dengan anak, isteri dan suami.. moga mendapat pengkhabaran yang baik..
Selama 6 tahun aku di perantauan, jauh dari keluarga. Hanya Sahabat-sahabat sebagai penguat semangat, tempat berkongsi masalah.. dan segalanya.. Alhamdulillah, tahun ke-7 aku dapat juga bertukar balik ke semenanjung. Walaupun masih lagi belum tinggal sebumbung bersama anak dan isteri, tapi rasa amat-amat bersyukur sebab dapat juga bersama mereka pada hujung minggu.
Allah merancang.. kita pun merancang.. tetapi, Allah lah sebaik-baik perancang. Terima lah khada’ dan Qadar Allah dengan redha.. memang perit rasanya bila masa semak keputusan pertukaran tu, tertera ‘Permohonan pertukaran anda ke – tidak diluluskan’.. fuh.. terasa macam nak pitam pun ada.. dah 11 kali nampak benda yang sama kat web EG tukar.. alhamdulillah.. kali yang ke-12 positif juga.. Allah Maha Pemurah.. Maha Pemberi Reseki.. dan mmg Dia lah sebaik-baik perancang.. Bila dah dapat tukar, baru lah tau, sbb apa Allah tab bagi lagi aku bertukar dlm permohonan yang sebelum ni.. Allahuakbar..
Kepada sahabat-sahabat yang masih berada diSabah, Aku doakan moga kalian dapat bertukar untuk sesi yang seterusnya.. teruskn usaha.. banyakkan berdoa.. tawakkal dan redha.. Salam Ukhuwah dari aku di langkawi.. Kepada yang dapat bertukar balik.. tahniah diucapkan…

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

Sedar tak sedar, dah hampir 7 bulan Arif RizQi dilahirkan… Alhamdulillah.. RizQi semakin sihat.. dan semakin berisi… Dah pandai nak berkomunikasi. Oleh kerana kekangan masa dan kesempatan bersama yang teramat terhad, tak banyak gambar RizQi sempat dirakam… inshaallah, dengan cuti sekolah yang semakin hampir, nak cuba lah juga rakamkan suatu kelainan untuk memotretkan gambar RizQi.. biarkan ia sebagai satu karya yang lain dari yang lain.. belum ada perancangan shooting lagi.. tapi perancangan lokasi dah pun di aturkan.. Costume RizQi pun belum lagi di fikirkan.. Costume Azra dah siap. 2 gambar di bawah adalah hasil dari sesi bergambar selepas namdi.. hehehe.. mood ‘segar’ sikit.. sedikit perkongsian.. mood ‘segar’ baby berlainan selepas mandi pagi, dan mandi petang.. lain yang macammana tu.. em… cubalah.. right n error.. dulu.. :)
1
guna costume ringkas.. tuala mandi RizQi yang kontra warnanya dengan warna kulit dan warna background.. maaf, tak tak berani nak bermain dengan background yang ‘xtreme’ untuk potret bayi.. takut tak cantik.. maklum lah.. baru 3 tahun terlibat dengan baby potraiture.. salah silap, kongsi lah .. :)
2

Tempahan atau pertanyaan:
Razak Ghazali
Founder and Principal photographer of
Ugotshot Wedding Journal
Kedah.Malaysia
M: 0195368833
E: razaqq82@gmail.com

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

Sedar tak sedar.. dah hampir separuh tahun aku kat tpt kerja baru.. bnyk sangat pembaharuan untuk hidup aku di sini.. semuanya berubah.. cumanya fizikal aku jah yang tak bnyk berubah.. ya.. betul .. tak berubah.. sangat kacak seperti dulu.. keh keh keh.. bila lagik nak merapu..
Di sini, gaji pun dah separuh kurang… uhuhu.. tp life tetap seperti biasa.. elaun banyak pun habis atas jalan jah.. kos perjalanan ulang- alik Sabah – Perlis selama 6 tahun.. kos perjalanan dari depan pintu rumah.. ke pintu rumah… tak termasuk tiket flight.. ya lah, tambang bot ke sandakan, dari jeti ke airport.. kekadang terlepas flight sbb perkara yang tak dapat di elakkan.. huh.. boley beli kereta sebijik tuu…
Apapun.. tempat baru.. kita buka lembaran baru.. perjuangan mesti diteruskan.. selagi ada kudrat.. bukan untuk penghargaan.. bukan untuk di puji.. hanya untuk melihat negara membangun dengan aset warga yang berkualiti.. agak happy lah kat sini.. walaupun tak sepenuhnya.. ya lah.. masih lagi belum sebumbung dengan keluarga.. Azra.. dan Arif.. masih perlukan hari citu untuk bermesra dengan ayahnya..
1
Di sini kerja untuk shooting agak perlahan.. maklumlah .. baru masuk tempat orang.. kena cari pelanggan dulu.. masih lagi memburu gambar yang tercantik.. sangat2 berpuas hati bila mampu memberikan gambar yang mengandungi ‘wow’ fact !!
Wedding pertama yang saya terima dari pasangan sakinah dan Hisham.. :) terima kasih kepada kedua pasangan ini kerana mempercayai saya untuk merakamkan detik2 terindah anda.. :)
2
3

Tempahan atau pertanyaan:
Razak Ghazali
Founder and Principal photographer of
Ugotshot Wedding Journal
Kedah.Malaysia
M: 0195368833
E: razaqq82@gmail.com

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.