Assalamualaikum…

Alhamdulillah, dengan masa dan kesempatan yang ada, saya dah pun berpindah dari blog fotopages ke WORDPRESS. Terima kasih kepada kawan2 yang prihatin dan atas khidmat nasihat anda, saya kini di sini.
sekurangnya saya cuba menjauhkan diri dari menggunakan produk ISRAEL. Walaupun tak mampu mengelak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya saya cuba meminimakan jumlah penggunaan produk ISRAEL dalam hidup saya. Ya, sistem yang saya gunakan, masih lagi dengan sokongan Intel, tapi mungkin tidak pada O.S nya. itulah sahaja yang mampu untuk saya lakukan. kawan2 lain macam mana pula?
… em… wordpress ni keluaran mana pula ya? apapun saya masih lagi mencari hosting yang bersesuaian untuk saya jadikan tapak tetap kepada blog saya. ada cadangan dari kawan-kawan @ saudara mara, kat mana boleh saya dapatkan domain & hosting dengan harga dan servis yang berpatutan?
Alhamdulillah juga, pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, saya berkesempatan untuk pulang bertemu dengan keluarga. awal balik, AZRA macam kurang kenal dengan ayahnya… bulat mata azra merenung saya yang baru menjelma di depan matanya… semua hanya sebentar.. dengan sekejap saja azra mudah menguntum senyuman pada saya.. lapang rasanya hidup ini… selama seminggu balik, saya kurang mengambil gambar azra… tak sempat…
bertudung
cuaca di kedah dan perlis sekarang panas. musim timur.. kermarau. mmg cantik untuk sesi penggambaran. sangat sesuai… langit pun biru, awan memutih… fuh.. memang boleh dapat best shot lah kalau rajin… tambahan plak musim orang ambil padi. sebenarnya dalam banyak perancangan mengambil gambar yang ada dalam ‘wishlist shot’ saya, saya nak mengambil gambar mesin padi tengah menuai padi pada waktu malam. tempat yang sesuai dah ada, tapi masa dan keadaan kurang mengizinkan. saat saya berangkat ke sabah, bendang kawasan yang saya rancangkan tu belum lagi di tuai… em.. tak dan dah nak tunggu bulan 3 nih.. mungkin bln 3 ni sempat untuk ‘wishlist shot’ yang lain kot. bagi saya, menghasilkan gambar terbaik dengan kemampuan diri adalah satu kepuasan…
gambar kali ni adalah shot dari isteri lepas balik dari shopping kat ‘nat’ beseri. AZRA lena dalam dakapan saya.. kesian dia.. mengantuk sangat lah tu… dan shot azra dengan bertudung… tak lah cantik sangat shot tu sbb tak sempat nak cari speedlite dalam beg. memang lain sangat wajah azra bila bertudung. kepada ‘Auntie Zahra’, diucapkan ribuan terima kasih atas tudung AZRA yang di datangkan khas dari INDONESIA…
saya cuba untuk selalu mengemaskinikan blog ni selalu untuk tidak menghampakan pelawat2 yang datang (ada ka?) hehehe..
reJoice!!🙂

besaq sikit

8 comments
  1. Salam Razaqq…..comelnya azra pakai tudung…rindu lak nak jumpa dia…cuti nanti bawak la dia datang sabah pulak

  2. aku ada beli gak tudung… tp tak muat lg utk auni… bini aku nak ajar sebelum umur 2 tahun dah pakai tudung… insyallah! doa-doa….

    welkam to wordpress!! benteras israel!!

  3. Selamat berpindah ketapak baru..moga bertambah bahagia…
    Rasanya Azra dah boleh panggil kakak kot…hmmm

  4. anuar said:

    Thank, kerana memuji….
    gmbr sy x seberapa… masih terlalu byk tuk belajar..
    etika gmbr nie xabis tuk belajar…
    untung awk dpt lens tue…arga asal rasenyer lbh 8k..
    apepun semoga berjaya…

  5. comel tol azra…
    ditambah plak pin kartun dkt tudung tu lg jd comel…

  6. mar said:

    salam,,,
    terpegun tengak pic kengkawang yg rajin ‘meng update’ blog masing, bersama-sama family…mcm2 teknik ambil gambar…boleh tolong ajarkan…

  7. syud said:

    ehhh duk kat beseri ke?? boleh la kasi tunjuk ajar ekk.. byak lagi nk kena belajar…..

    • razaqq said:

      ya saya.. mmg dok beseri.. tunjung.. hehehe.. hang dok mana? perlis jugak ka ? tak pa, kalau ada masa, buleh la tukaq2 ilmu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: