Memancing Di Kuala Suan Lamba

BnW
Hari ni, kawan2 dari Sukau dan Lung Manis datang ke tempat saya. Pukul 9 Mahyuddin dah call. Dah sampai Kuala Suan Lamba. Mahyuddin bersama Badrul datang bersama isteri masing. Waktu tu, mmg orang2 kampung tengah rancak dengan aktiviti di tengah laut. Ada juga org kampung yang naik ke darat dengan udang harimau sebesar lengan. Bertambah lagi lah rasanya semangat depa ni nak memancing dan memukat. Sayangnya depa ni hanya bawa pukat ikan yang kecik. Tak leh la nak memukat udang. Dua orang murid saya Aliff dan Hisyam turut mengikut kami memancing di tengah laut. Ya lah depa ni dah arif kat mana lubuk2 ikan. Skil mendayung, skil memasang pukat ni, mmg depa dah ‘campian’. Berdayung lah kami ber-5 untuk memancing. Alhamdulillah, cuaca cerah hari ni. dah 3 hari tak hujan.
Sarip, Khairil dan Johar masih dalam perjalanan ke Kuala Suan Lamba untuk turut sama memancing. Depa pulak dari Sandakan. Jarak lebih kurang 160KM. memancing punya pasai.. jauh mana pun kira dekat..

Din

Jarak Kuala dengan rumah hanya 1KM. apa yang kawan2 tahu, saya memang tidak minat memancing. Rumah saja tepi laut… orang lain sibuk dengan joran dan umpan, saya sibuk dengan setting kamera dan memilih lens yang sesuai.. huhuhu..
Separuh masa pertama, ikan sekor pun tak mengena umpan, kecuali pukat yang memang ‘laku’ mengena.

memukat

Orang kampung dah mulai berkurangan di laut… kalau awal tadi hampir 14 buah perahu, kini yang tinggal dalam 5 buah sahaja. Itupun budak2 kampung yang rajin memukat udang sahaja. Panas membakar kulit. Saya hanya memakai baju tangan panjang dan ber-sunglass.
3 sekawan yang dalam perjalanan ketika berlangsungnya separuh masa pertama kami dilaut, kini sudah tiba… kami naik dulu ke darat. Khairil yang begitu bersemangat dengan joran barunya.. baru tadi di beli.. set joran yang sempurna dengan harga RM30.90!! kini sedia untuk bertarung dengan pari.. katanya lah..

Sarip

separuh masa ke-2, pun sekoQ tak dapat kami naikkan. Khairil dapat juga merasa rentapan ikan yang besaQ, tapi kemampuan joran RM30.90-nya tidak mampu untuk menewaskan ikan misteri tersebut. Dah nak pukui 2 petang.. panas makin terik, ikan tak lagi dapat dinaikkan dalam perahu, ketam dapat lah 2 ekor.. akhirnya, berbekalkan 8 orang di atas perahu, 8 joran, satu pukan kecik, kami mengalah… dapat lah hampir 2kg ikan dengan hasil memukat.

Joran 30.90

Kami naik semula ke jeti untuk bersiap balik. Di jeti, tengok org kampung yang bawak balik hasil tangapan. Teringin pun ada …. Mau ka dak, org kampung dapat naikkan ikan kerapu, udang harimau, pari dan ikan merah.. sabaq sarip, nnt mai lain.. kita turun lepas subuh!!! Huhuhu….
jetty
itam

1 comment
  1. c-no said:

    No komen. bagi aku this a good outdoor and leisure activity shot! puas hati aku tgk. Dan ditambah pula dengan kaki pancing pro, so expression dan vody language depa mmg original…tahniah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: