Saya, DIA dan Sekolah…

Tiap hari Rabu, murid saya akan pakai pakaian uniform persatuan masing2.. uniform depa, baru ja dapat setelah setahun sekolah saya menerima peruntukan dari kerajaan untuk menyediakan pakaian uniform nih. Diulang sekali lagi.. setelah setahun menerima peruntukan. Tak ada tukang jahit yang di jemput untuk mengukur saiz budak. Tiada pun aktiviti guru meng’klas’ kan saiz murid. Setelah satu pihak menekan pihak yang bertanggungjawab ke atas peruntukan terbabit, tiba2 saja baju uniform ni sampai ke sekolah. Budak2, kecil saja saiz badannya.. tapi baju yang sampai.. mak aih… saya pun rasa buleh buat selimut.. huhuhu.. besaQnyaaa!!!

1

Dah besaq, satu hal, tak cukup, satu hal, aksesori seperti skaf pengakap, dan macam2 aksesori lain tak dak pun. Agaknya pihak yang berkenaan tu kalut nak ‘bagi daripada tak dak’ kot.. em.. no komen…
Untuk murid yang cikgu kasihi, yang cikgu hormati dan teramat cikgu kagumi.. terharu cikgu nampak semua nya bersemangat ke sekolah dengan uniform yang tak seberapa tu.. malah kalian berasa megah bila berdiri di sebelah kawan2 yang tidak memakai pakaian seperti kamu… semangat seperti kalian amat diperlukan oleh Negara Malaysia kita yang tercinta ini. Selagi terdaya, cikgu akan didik kalian supaya menjadi mutiara-mutiara yang takkan ternilai harganya. Kalian lah pusaka negara, pewaris bangsa.

2
3

Bukan tujuan untuk memburukkan sesiapa, tapi inilah realiti. Sampai di hati ini pernah berkata ‘patut lah negeri ni tak maju, rupanya…’. Sebenarnya setelah hampir 5 tahun saya di sini, graf kerajinan & semangat saya semakin hari semakin luntur. Rasanya masanya untuk saya kembali ke tanah tumpah darah sendiri kian tiba.(bila tu, tatau lah) Terasa begitu teruja membayangkan diri ini apabila bertugas di tempat sendiri. Saya berdoa agar Allah dapat menggantikan diri saya di sini dengan seorang guru baru bersemangat segar dan berinovatif dengan lestari serta bestari.. (kena ka dak ayat aku tatau?)

4
6

Saya dah tak leh dok sini dah… takut makin lama, rasa makin malas.. dan bila pindah semenanjung, terbawa2 perangai tuh… mintak smpang lah… lagipun, anak dan ister saya yang juga tunjang kepada motivasi dan inovasi saya ada kat semenanjung. Asma & Azra.. dua nama yng sudah sebati di bibir dan di hati.. awatlah yang payah nak tukaq tatau.. guru lain senang ja tukaq.. sebut saja guru agama, semua kerja jadi payah. Guru bahasa inggeris, matematik, kajian tempatan, PJ, pemulihan, BM.. nak tukaq senang… sebut saja guru agama, macam2 alasan yang bodoh diberikan. Konon, bila aku bertukaq nanti, sapa nak didik dan asuh budak2 dan masyarakat…’ yang isteri dan anak saya di semenanjung tu tak perlu di didik dan di asuh ka? Kalau cikgu, boleh di cari pengganti. Kalau suami? Huh… dah rasa nak kluaq macam2 bahasa dah nih… stop dulu lah… nnt cerita lain kat entry seterusnya… hehehe… tinggai2 lah koman sikit.. nak tau juga apa komen pelawat2…

7 comments
  1. NU'MAN ZAFRAN said:

    sama ja nasib kita razaq oi…rasanya mmg sabah mangkuk mcm ni kot…kalau gpi nak pindah sikit punya byk alasan…takut anak2 sabah ni terbiaq..dlm ms yg sama,depa bukan peduli pun dgn subjek p.islam…yg depa tau nak tingkatkan upsr ja…aku pun dah naik fed up dah dgn sabah..nasib baik aku ni syok mengajaq dgn anak2 murid aku,tapi kalau dgn org2 pejabat,pentadbiran MEMANG AKU MENYAMPAH!!!!

  2. jeff said:

    >> cepat sungguh mereka membesar…

  3. oney said:

    😎

    sabar..
    ada bahagian yg tercipta untuk sesiapa yang mampu bersabar.

  4. c-no said:

    Huhuh..hahahah..hihihihiih!… nih aku gelak hingga terkentut-kentut..Aku kesian…tapi aku tak tahan nak gelak dulu..hhihihihih.huhuhuhuh..Tak patut memang tak patut. Kesian budak2 tuh.Tapi aku faham perasaan bangga budak2 tuh dapat pakai uniform, w’pun oversize. Tapi paling lawak tuh yg topi pengakap tuh.wahahahaha! Sorry tak tahan. Mentang2 lah kat pedalaman, melepaskan batuk kat tangga.Cuba dia hantor kat sekolah bandar. Menangis darah dikerjakan depa. Tanggunglah kat akhirat nanti. Tak menunaikan hak yang patut..huh! hihihih.. gelak lagi.

    p/s.. wife aku kata, Zalim sungguh! ini mmg perbuatan zalim.Meletakkan benda bukan pada tempatnya.Betui tak?

  5. honey said:

    kesian kan….napalah tak nak membela anak tempatan sendiri..guru luar jg yg kena memperhatikan murid-murid ni…..sebab tu tak maju2.

    • razaqq said:

      nda apa lah hani, nnt makin bagus juga itu skul sana tpt mu mangajar itu. eheheh… tak lama lagi maju juga sabah itu… semangat durang mau belajar tu.. sangat2 saya kagumi dan hormati.. 6 tahun d sabah.. banyak pengalaman yang saya balik untuk saya praktikan di sini🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: