Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Kinabatangan

setelah sekian lama tak hapdet blog… kali ni saya bersyukur kerana diberi kelapangan untuk mengemaskini dan mencoretkan kembali perjalanan hidup yang saya alami di bumi yang mana saya bernafas bagi mencari rezeki halal untuk keluarga. di bumi di mana saya terpaksa berjauhan dari insan2 yang saya cintai. kata orang, hujan emas di negeri orang.. tapi, saya di sini pun berhujan kan batu juga.🙂. tidak semua orang di perantauan berhujan kan emas. tiada perkaitan saya dengan pepatah berkenaan.
hidup saya masih seperti biasa rutinnya. kawan2 pula ramai yang sudah berpindah. kawan photographer pun jauh… teringin juga saya untuk diberikan tunjuk ajar dalam bidang ini. saya begitu ‘mentah’ lagi untuk memegang DSLR. bila ada kerja untuk mengambil gambar, saya rasakan, kualiti imej yang di hasilkan semakin hari, semakin tidak memuaskan. entah la pada pandangan kawan2 lain.

cili padi

pada koleksi ‘wishlist picture’ yang sebelum ini menjadi idaman saya. hampir semua sudah saya hasilkan. saya ambil contoh2 gambar dari proffesional photographer dalam dan luar negara untuk saya cabar diri saya sendiri. cabar diri bagi menghasilkan shot yang seperti mereka. memang bukan satu kerja mudah. saya memerlukan masa untuk berfikir, merancang dan seterusnya, untuk tindakan menghasilkannya.
bagi saya, menghasilkan satu foto idaman adalah suatu cara untuk saya menenangkan fikiran. solat, membaca Al-Quran adalah penawar utama jiwa saya… kepada-Nya saya bersyukur. kerana-Nya, saya dapat jalani hidup yang teratur dan sempurna. kita merancang, Allah juga merancang… Tapi, Allah lah sebaik2 perancang. Ya Allah, terima kasih atas nikmat yang engkau berikan kepada ku. Terutamanya nikmat Iman dan nikmat Islam.

sepak

untuk tatapan pelawat2 halaman saya, kali ini saya paparkan sedikit aktiviti saya semasa saya mengikuti perjalanan perlawanan bola sepak sekolah rendah peringkat daerah Kinabatangan.
Bagi murid yang membawa cabaran bagi dari SK Kuala Suan Lamba, cikgu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas kejayaan kamu semua menjadi johan peringkat daerah. tak sia2 cikgu melatih kamu dalam suasana hujan. Cikgu Yunus dan Cikgu Johny sanggup bertali leher melatih kamu di padang bila saja mendapat berita tentang perlawanan yang bakal diadakan dalam tempoh 5 hari dari tempoh makluman pertandingan.

sepak2

terkejut juga cikgu menyaksikan aksi kalian di padang. seperti sudah menjalani latihan dalam tempoh yang agak lama. hanya bolos sekali dari semua perlawanan. Pada aksi Final, kamu mampu membelasah lawan dengan jaringan yang besar. 7-0 pulak tu. kagum, cikgu amat kagum. maaf lah, tak banyak gambaq hangpa cikgu ambik.. ralit dok tengok hangpa main. sedaq2 dah habih.. hehehe… i’m sorry!!!
lari

6 comments
  1. c-no said:

    hang guna 400mm kah..? gambar 1, 2, 3 mmg cantik. Suka moment tuh. Aku rindu nak tgkp murid main sukan. motion kaki dgn tangan tuh menariklah.gambar 3.

  2. jeff said:

    >> inilah dia masa depan bola sepak kita…

  3. irma2203 said:

    senyum aku tengok jersey depa..heheee
    kalau mai sini aku bawak p ronda2 stadium MU..hehee

  4. bila nak upload gambar wishlist hang nihh? tak sabar nk tengok…. hang guna format mcmni

    1)gambar rujukan dr pro luar dan dlm negeri

    2) gambar yg dihasilkan….

  5. razaqq….cun gambar2 tu..cuma aku musykil…gambaq 1st tu…awat kaki kanan budak tu nampak cam tapak kasut dia tu utk kaki kiri?mata aku yg kero ka atau budak tu memang pakai kasut dua2 belah kiri?

    itu sahaja pertanyaan saya…sekian

  6. ::: beautiful shots terutama yg tgh tendang tuh [2nd pic] superbbb candid moment!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: