Azra, Tolong Tengokkan Ummi…

1
8
ayah dah kembali ke sabah sayang…. ayah harap azra dapat kekalkan keceriaan azra saat ayah pulang bercuti hari tu ya nak..
HHmmmmm.. sedih rasanya bila kembali berjauhan dengan anak isteri. cuti sekolah lepas, saya berkesempatan untuk bersama insan tersayang. memang Azra terlalu ceria ketika bersama saya sepanjang tempoh cuti tersebut. ummi cakap, azra tak pernah seceria itu. sentiasa ketawa, tersenyum, aktif dan banyak cakap.
2
3
4
saya berkesempatan juga untuk membawa ummi dan azra jalan2 ke penang. lokasi biasa yang saya tuju; teluk tempoyak. walaupun ada beberapa wishlist shot yang tak dapat di zahirkan seperti yang di rancang akibat cuaca yang kurang mengizinkan, tapi saya tetap berpuas hati dengan percutian bersama mereka. dengan koleksi ini, saya akan rakamkan kenangan ini dalam sebuah album. khas untuk Azra & Asma (ummi). kepada ummi, abg mohon maaf sbb lambat nak proses gambaq2 nih. baru 3GB gambar yang sempat abg proses daripada 18GB kesemuanya. komitmen abg pada masa dan tugas adalah faktor utama.

6
7
2 bulan lagi kita jumpa lagi ya Azra… cuma, maafkan abg, abg tak mampu nak besarkan azra bersama-sama. doakan moga abang berjaya untuk bertukar ke semenanjung untuk sesi pertukaran Jun ini.

14 comments
  1. PakNgahLan said:

    Bersabarlah Razaq..Ada hikmah kebahagian disebalik semuanya itu…InsyaAllah

  2. ~ InsyaAllah semoga dpt tukaq ke semenanjung jun nanti.

  3. sabar la, mungkin tengah tgu turn kot.. byk lagi senasib ngan hang.. mungkin lebih teruk! insyallah doa byk2… kami sekeluarga doa hang dapat pindah tahun nih… dan org lain yg anak dah besar panjang.. pak masih bertugas kat sabah…

    takdak yg tak kena ngan gambar hang… semua hebat… syabas…

  4. mamat jambu said:

    berkat kesabaran akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita ingin dan impikan… Insya’ALLaH apa yang diharapkan dan dinantikan akan menjadi kenyataan…

  5. kinokuniya said:

    razaqq…

    gambaq semua penuh makna….cuma pada pandangan aku, aku tak berapa berkenan dengan “cahaya-cahaya” yang ada pada gambaq tu…cerah sangat…cam sakit mata…pada pandangan aku la…maklum la, mata tak berapa telus cahaya terang…

    gambaq 1st tu, rama-rama tu maybe hang boleh buat lebih baik supaya nampak lebih artistik…

    pape pun, angle memang best especially 1,2 dan 7

  6. jeff said:

    >> gambar mmg cukup kelas tu…
    >> tak terikut rasanya…:D

  7. best baca info2 kt cni….esp 100 things in photography🙂

  8. Salam bro..

    Thanx for drop by my fp & those technical comment. Really appreciate such comment. Yup, saya masih belum expert utk bermain dgn kombinasi white bal + exposure + flashlight especially utk majlis indoor mcm tu. So, I admitted utk indoor event mmg mencabar berbanding outdoor utk beginner mcm saya. Hopefully bole dpt tunjuk ajar / tip sket dari sifu hehe..

  9. Sabaq bro….
    Kami semua doakan supaya hang dapat tukaq semula ke semenanjung untuk bersama keluarga terchenta…

  10. like all ur pic..
    sabah kat ne ek..
    hope dpt tukaq cepat2 ke semenanjung..bersama keluarga tersayang..

  11. SEDIH JER AKU BACA ENTRY KAU NI….
    MINTA TUKAR TAK BLE KER BRO???
    NAPER TAK BAWA WIFE SAMA?DIA KERJA KER?

  12. mshafie said:

    ini sebenarnya pengorbanan terbesar untuk keluarga..jangan patah semangat yer cikgu!!

  13. jejaka said:

    salam bang… amboi depa.. pi penang naik keta mahai tue..

  14. omaQ said:

    razaqq.. aku menantimu di BESERI Pegehelih nanti..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: