Kursus… mesyuarat… bengkel.. taklimat… bla bla bla…

Klas thn 6
Dah lama sangat rasanya saya tak update blog ni. sunyi saja rasanya.. ya lah, dah bersawang pun wordpress saya. bukannya malas, tapi masa dan situasi kerja sekarang yang kurang mengizinkan saya untuk mengemaskini blog yang tak seberapa ini. kekangan kerja adalah faktor utama yang mana saya tak ada masa sangat nak pegang kamera. kesian tengok kamera yang terperap dalam beg. lama tak bukak beg kamera tu..
selepas pulang dari semenanjung 2 bulan lepas, saya mula sibuk dengan kursus, bengkel, taklimat, mesyuarat, perjumpaan, hapa kebenda nama lagi pun tak ingat dah… dah bosan sangat dah dengan semua ni.masa saya di sekolah pun dah makin kurang. kesian kat budak lah. kat skolah saya, guru tak mencukupi untuk menampung jumlah murid. jumlah murid kira2 200 orang, guru pula termasuk guru besar ada 10 orang. tanggungjawab sebagai pendidik mmg berat. guru lah penentu massa depan murid. saya sebagai guru agama, saya rasa tanggungjawab saya bebih berat dari guru2 lain. saya bertanggungjawab untuk memberikan pengetahuan tentang cara hidup ISLAM. pengetahuan untuk dipraktikkan sepanjang hayat. pengetahuan untuk mereka menjadi seorang insan yang menyedari tanggungjawab sebagai manusia ciptaan Allah yang amat dhoif.
sedih juga rasanya bila saya mendapat arahan untuk keluar berkursus. kalau 3 hari, 3 hari lah saya tinggai budak. ya lah, mmg ada guru yang mengganti masuk semasa ketiadaan saya keluar berkursus, tapi biasanya, murid di beri tugasan lain.
sekarang ni musim perperiksaan pertengahan tahun. semua guru tengah sibuk. dalam masa sibuk yang sebegini, saya pula diarahkan keluar untuk berbengkel, bermesyuarat dan menghadiri taklimat. semuanya berterusan dalam tempoh lebih seminggu. seperti kebiasaannya, saya akan keluar ke pekan kota kinabatangan dan bermalam di rumah sahabat saya yang mengajar di sana. Alhamdulillah, berbanding 4 tahun dahulu, keadaan sekarang jauh lebih baik. jalanraya pun dah berturap. dahulunya, perjalanan dari Pekan Kota Kinabatangan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Kuala Suan Lamba. Sekarang, hanya 40minit – 1jam sahaja perjalanan.
cuti pertengahan tahun hampir tiba. dah rasa girang nak balik bertemu Cuma & Azra serta keluarga tersayang. dah terlalu banyak perubahan pada azra kali ni. tak sabar rasanya nak bermesra dengan insan yang teramat saya rindui di seberang laut sana. permohonan perpindahan dah pun saya buat dan tunggu sajalah keputusannya. saya dah berikhtiar, dah saya cuba… sekarang masa hanya untuk berdoa… cemburunya saya lihat kawan2 lain hidup sebumbung dengan suami & isteri. Kepada Cuma, sabarlah sayang ya? Sabarlah dengan karenah kawan2 yang seronok melihat cuma bersedih bila berjauhan dengan suami cuma. Cuma, Allah takkan uji kalau cuma tak kuat…. untuk Azra… Ayah nak balik bercuti dah ni… Azra sambut ayah kat airport ya sayang… Ayah harapkan senyuman azra saat pertama kali bertentang mata nanti…
:::: gambar kenang-kenangan tahun 6 ni saya dah lama saya ambil. saja letak dlm entry ni… hehehe… SK KUALA SUAN LAMBA sebenarnya di buka pada tahun 1986.. 😀 saja over letak tahun 1873.. kalau budak pakai seluaq pedek, selipar jepun. cikgu pakai songkok senget, baju melayu + sampin. ok tak aaa? hehehe… nak suruh kawan2 komen gambar pun, tak ada apa yang istimewa tentang gambar t u.. nanti saya nak letakkan hasil tele lens yang semakin saya sayangi… kalau sempat nnt saya akan update lagi….

1 comment
  1. syud said:

    asalamualaikummm.. hheheeh saja tumpang lalu… dh lama ke bidang foto.. cun ekk gambar2.. editing pun power2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: