Cuti Bermula.. Cuma, Azra, Kita Jalan2 Ya?

Alhamdulillah, saya dah selamat tiba di tanah semenanjung lewat 29 Mei. Hati melonjak-lonjak untuk segera bersua dengan wajah2 kesayangan. Perjalanan Sandakan-KL-Alor Setar sememangnya meletihkan. Tambahan saya bangun seawal 0400 pagi untuk menaiki bot bagi membolehkan saya keluar ke bandar sandakan. hadei laaa… mengantuk!!!
Permohonan saya untuk berpindah ke Perlis gagal lagi. satu berita sedih untuk saya dan orang yang mengharapkan agar saya dapat berpindah. inshaallah, ada hikmahnya… hanya berserah dan bersabar.
Cuti kali ni hanya 2 minggu. Memang takkan puas nak bermesra dengan Azra dalam tempoh yang sesingkat itu. Tapi, apakan daya. Yang pentingnya, saat mula saya bertentang mata dengan Azra, saya nampak ada senyuman di wajah Azra yang ditujukan khas untuk ayahnya.. naluri seorang anak kepada seorang ayah. Tapi, waktu tu, azra baru bangun tidur. Nampak dia mengantuk sangat…
Saya akan sambung Entry ini esok, letih belum hilang, tapi rasa nak dukung Azra lagi lah… hehehe…
Subuh
::: gambar subuh di Kuala Suan Lamba seawal pagi semasa saya menaiki bot untuk keluar ke Sandakan.. cantik.. tapi saya kurang pandai menterjemahkan kecantikkan tu dalam sekeping gambar. Dah lama tak ambik Landscape macam ni.

::: gambar azra sewaktu saya nak pujuk dia dari menangis. Asal tak nampak Ummi saja, nangis lah..

::: Azra dengan tokwan dia. dah lama tak jumpa. dah sebulan. sementara nak biasakan diri dengan tokwan… hehehe… rasanya azra ni masih belum sembuh sepenuhnya dari demam.. mood dia kurang ceria sangat..

2 comments
  1. saNi said:

    yup..indah nye gambar subuh nie..;

  2. edikasim said:

    Salam… Cikgu Razak….nak tya ni gambo2 cikgu ni slalu sy tgk guna filter effect apa ye? Apa kenamanya filter yg cikgu pakai ni…sy nak cuba try test jgk la…nak bg gambo nampak cam old skool je…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: