Makin Hari Makin Sibuk

dah sekian lama tak mengisi ruang blog, hari ni aku cuba untuk update sikit2. tak dak cerita apa sangat. aktiviti skolah mmg bermacam-macam. tapi tak dan nak ambik gambaq. ada lah sikit2 untuk kenangan.semester ni, ada 2 orang guru baru masuk ke sekolah. alha,dulillah, kurang lah sikit bebanan tugas guru2 lama. tapi tugas aku macam tuh jugak lah. tak berkurang pun.. terima sajalah… pengalaman…
sekembali aku dari semenanjung untuk meneruskan tugas sebagai guru, Azra dah banyak peningkatan dari segi fizikal dan mental. mmg aku begitu teruja. maklumlah.. orang lain, bersama anak… anak mereka membesar di depan mata. aku ni tengok kot jauh saja. dengar suara kot telefon.. kadang2 tengok wajah dia dlm iChat™.dia dah kurang tindak balas bila nampak wajah ayah dia.. sedih jugak. walau apa pun, setiap perkembangan azra membuatkan aku rasa seronok. mmg lah anak orang lain, ada dah yang boleh berlari seawal umur 10 bulan. tapi azra ni lewat sikit… kecuali dia dah banyak menyebut perkataan. lain… anak membesar depan mata.. tak sama dengan seorang ayah yang jauh dari memerhatikan anaknya membesar. tak sempat nak tengok saat azra mula merangkak, saat dia mula tumbuh gigi. ada sesetengah orang kata ‘alah.. biasa lah tu… anak aku pun ada gigi jugak’.. mmg lah sama.. tapi aku sebut perkembangan dia seperti yang isteri aku ceritakan.. bukan dari yang aku saksikan.. sedih ooooo….. orang tak rasa sedih aku… orang takkan faham… seminggu lagi, azra dah 11 bulan. cepat betul masa berlalu. nnt aku balik bercuti, azra dah setahun…balik pun seminggu. sempat ka dia kenai ayah dia dalam tempoh seminggu bersama azra?

banyak gambar yang nak aku kongsi dengan kawan2. nak jugak aku terima komen yang membina, kutukan yang berbentuk nasihat atas hasil yang aku dapat. gambar yang aku paparkan di sini, adalah gambar yang aku rasa cantik, tapi aku rasa ada banyak sangat kekurangan… di mana kekurangannya… nak kawan2 komen lah… gambar semasa majlis pertunangan di KG sanglang. majlis pertunangan kampung. tempat tu mmg cantik sangat klu buat outdoor.

::: sunglasses aku patah.. huhu.. sedih.. mmg mata aku ada masalah silau.. tanpa sunglasses tu, aku cepat letih. alhamdulillah, rezeki aku murah. dapat juga gantikan Rudy Project- HYDE yang patah dengan Rudy Project – Syluro. Cuma, terima kasih…🙂

7 comments
  1. Sapa yg bertunang kat Kg Sanglang tu? Belah ipar duai ke atau belah adik sendiri?

  2. razaqq said:

    dua-dua bukan.. hehehe

    • razaqq said:

      NAK BUAT2 GILA PUN.. AKU RASA MACAM NAK GILA DAH NI.. HUHUHU….

  3. jgn gila….. gambar cun, rugi ja kalau jd gila… hehehehe
    semua gmbar best….. gmbar pompuan tu.. kamera meter kat kawasan gelap rumah tu… sian muka dia… tp masih cun…

  4. Bersabarlah Razaq..tak lari gunung dikejar,,..Budak baik memang susah orang nak lepaskan. Percayalah tentu ada kebaikan yg terlindung ..yg kita sendiri tak tau..Berusaha lah lagi dah berdoa serta bermunajat lah kepada Yang Maha Esa. Sampai satu ketika nanti bila dapat pulang ke semenanjung mesti razaq akan merasa rindu pulak ka sabah tu…
    Bersabarlah…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: