Memancing @ Pulau Libaran

Assalamualaikum… dah lama tak update.. maaf lah kerana menghampakan pelawat2 yang berkunjung. bukan kerana tidak ada gambar terbaru, tapi tak berkesempatan untuk mengemaskini blog. dengan kerja2 pentaksiran, mesyuarat hulu-hilir, bengkel dan bla bla bala…
untuk yang terkini saya cerita kan serba sedikit tentang trip memancing anjuran kawan2 yang sememangnya ‘hardCore’ dalam aktiviti memancing. kali ini destinasi nya adalah perairan yang tak lah seberapa jauh dati tanah besaQ sabah iaitu berdekatan dengan pulau libaran darul ikan & pulai berhala darul apa tatau… huhuhu…
bertolak dari jeti Kampung Tinosan, Sandakan, dengan kekuatan 10 orang pemancing & 1 orang photographer cabuk, kami meredah lautan luas. perjalanan kami dari jeti ke tempat yang di tuju mengambil masa hampir 4 jam menaiki bot nelayan yang di sewa khas. sebelum pergi lebih panjang, terdahulu, nak habaq kat kawan2 yang saya ni sebenarnya tak suka langsung dengan hobi yang ‘menjemukan’ ini. jangan mara aaaa?.. tapi sbb nak jalan2 cari pasal punya sebab, kena buat2 suka lah dengan batang joran & dan umpan nih..
1

2

apa pun dari segi fizikal dan mental, saya sudah pun membuat persediaan seawal mungkin. mengambil kira tentang cuaca panas, berbahang, silau bias matahari dari air laut & langit, keadaan ombak di laut lepas sana. fuiyohh…. kalau tak kuat, boleh mabuk 2 hari tuh… tapi, alhamdulillah, pengalaman saya selama 5 tahun di suan lamba, ulang alik sandakan, suan lamba yang ada masanya berdepan dengan situasi cemas seperti bot rosak tengah laut dan ribut yang ganas banyak memberikan saya ilmu yang penting apabila berada di lautan.
semasa berada di atas bot, kawan2 begitu sibuk dengan persiapan masing2. memilih peralatan yang sesuai dengan ikan idaman yang mungkin menjadi rezeki. segala kaedah yang dirasakan berkesan akan diguna pakai sebaik mungkin. memilih umpan dan mencari umpan. saya pula sibuk menentukan cara, posisi dan lens yang sesuai untuk sesi ini. huhuhu.. lens yang saya pastikan untuk penggambaran kali ini adalah Canon EF 15mm f/2.8 Fisheye AutoFocus Wide Angle Lens. lens untuk digunakan sepanjang aktiviti memancing. tak ada sebarang perancangan langsung untuk mengunakan sebarang tele lens untuk wild life di lautan ini.

3
4

kami tiba di destinasi yang dirancangkan lebih kurang pukul 6.45 petang setelah bertolak pada pukul 3 ptg dari jeti. dah hampir maghrib pun. ketika ini, seorang kawan sudah pun tewas. simpan lah pancing dalam bot.. dah mabuk dah. alhamdulillah, saya masih lagi berkesempatan mengambil gambar2 yang saya idamkan dengan selesa dan penuh kusyuk
selepas solat maghrib dan isyak, saya tak shoot sangat. isi perut saja lebih. hehe.. selera tengah ada, biarkan… dan sewaktu ini, 3 orang telah tewas. mabuk yang teruk. kaki pancing mabuk laut? pelik … hehehe…

5

untuk hari dan malam pertama, pasukan memancing kami tidak banyak memperolehi rezeki. ada lah beberapa ekor kerapu, ikan merah, gelama yang mengena. alhamdulillah…. dah banyak kali ubah lubuk.. tak mengena jugak… sabaq saja lah… jam sudah pukul 10.. saya kena rehat dulu untuk menghadapi esok yang mungkin lebih mencabar.

6

seawal jam 5 pagi saya bangun untuk solat subuh.. kawan2 masih ada yang setia dengan joran. walaupun hasilnya tak seberapa.betapa sejuknya subuh di situ… macam kat eskimo.. tapi, tanggungjawab kepada ilahi menguatkan jasmani dan rohani saya mengatasi kesejukkan pagi itu. kawan saya, solahuddin dari semalam tidak dapat untuk memegang batang jorannya akibat pening2 lalat. kesian pulak.. dah la jauh belayaq… sampai destinasi, tak boleh nak memancing pulok..

7
8

subuh di lautan memang begitu memberi ketenangan. betapa saya dapat menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Mencipta. Jika petang kemarinnya kami saksikan matahari seperti terbenam ke dalam laut… pagi ini kami saksikan pula matahari yang kemerahan timbul dari permukaan air… Subhanallah… cantiknya…. kawan2 yang masih kuat semangat dan tekad, masih lagi setia dengan joran masing2. ini baru lah ‘die hard’ memancing.. hehehe… dengan tangkapan ikan yang tidak seberapa memuaskan, kami bertolak balik pada pukul 12 tengahari.
pengajarannya.. lain kali nak memancing laut dalam, pastikan anda membawa sistem pengesan satelit global @ GPS utk mengesan ikan. saya dah ada untuk kereta.. tak tau plak ada GPS untuk ikan. saya bukan kaki pancing, memang buta lah sikit bab2 yang macam ni. anugerah ikan terbesar jatuh kepada ust Wan Salehuddin dengan talang seberat 3kg.. huhuhu… tak pa.. nnt2 ada GPS, kita pancing Barracuda plak yek!!! kita pancing kat pulau Kretam pulak..

9
10

8Gb CF kad saya penuh dengan pelbagai memori di lautan dlm format raw. ini sahaja yang sempat saya pilih secara rawak untuk tatapan kawan2. semuanya dengan lens 15mm f2.8. jika ada kesempatan, saya akan cuba update lagi… gambar saya tak terambil.. kawan2 banyak mabuk laut… tak harap plak nak bagi pegang kamera.. huhuhu

9 comments
  1. RiJaL said:

    sempoi ar tuLisan @ foto . .

  2. Elok jugalah tu..kamera pegang sendiri ..kot2 nanti member mabuk ..terhumban kamera tu kelaut amacam? heee..tak kan nak terjun laut pi ligan kot kan..songeh je lah..
    Ada sapa yg kambuih laut (muntah) dak kali ini?

  3. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa .

  4. salam cikgu. macam slalu, lawala gambarmu cikgu. marvellous. paling nda tahan tgk ustad muhammad (guru klasku masa tingkatan 2, 1999) pakai baju korporat, semangat dia pigi mancing. bulan 6 ari tu aku sempat juga pigi memancing di tambisan (dan jauh limpas sempadan pilipin), 2 hari 1 mlm. pertama kali dan rasanya yang terakhir laitu. hehehe. patukan ikan tambisan lumayan! bila tgk gambar2 mabuk laut di atas tu, dapat suda dibayangkan sbb suda ada pengalaman.

    *WE WANT MORE!*

  5. mamat jambu said:

    unik gambar mata kail tue… skali tengok bentuk ‘love’… 2 kali tgk mata kail… bila amik gambar macam tue.. ‘it’s means that u’r friends love to fishing’… very nice picture…

  6. padil said:

    wauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu……..best memancing oiiiiii.aku balik baru nak g….ruginyo aku.zaq, macm mano loni?ok ko dok kinabatangan?besar ikan pok leh buleh.ok zaq.slmt berpose.

  7. mindaahad said:

    salam eidulfiri dari mindaahad

  8. baduk said:

    salam razaq..kirim salam kat solahuddin..lama x jumpa dia..

  9. huh, trip yg sungguh menarik…
    kalau kt cni langkawi best..
    saiz mega susah gak le nk dpt..
    sedang2 ada ar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: