Tak dapat pindah lagi…

azra n ummi

Dah lama sangat rasanya tak update cerita terkini.. tak sempat nak mengadap sangat internet. maklumlah, cuti dah makin hampir, banyak tudasan yg perlu untuk disiapkan sebelum cuti bermula. periksa akhir tahun, kerja susulan selepas periksa, nak edit gambaq buat costum album, beberapa kursus, bengkel yg penting utk dihadiri. program2 anjuran PPD, KPM pun bnyk jugak untuk budak2. hadei.. tak cukup 24 jam sehari rasanya… kalau boleh nak 30jam utk sehari… tapi kalau pun 30 jam sehari, banyak habiskan masa dengan tidur pun tak guna jugak .. hehehe
apapun…. hari nih hari yg agak sedih juga. yg lah ,setelah 3 kali permohonan utk pulang berkhidmad di semenanjung tidak diluluskan, kali nih pun gagal jugak. azra dah makin membesar. banyak sngat peringkat pembesaran dia yg saya tak dapat ikuti bersama isteri tersayang. sihat sakit azra, ummi dia sajalah yg menjaga. ayah dok jauh. takat nak kirim duit tu, tak sama dengan sentuhan belaian seorang ayah.
apapun, untuk sesi pertukaran yg akan datang, saya akan terus memohon. apsal lah guru2 ni susah nak tukar balik antara negeri terutama yg berada di seberang laut ni. org yg kat atas sana tuh senang lah kerja. tak payah fikirkan susah senang berjauhan. tak payah fikirkan duit habis 3-4 ribu setahun utk tiket flight. ada orang cakap ‘kan ada tiket free tiap tahun?’. bagi yg tak tahu prosedur dan situasi kewangan kementerian, cakap mmg mudah… ya lah, contohnya, kawan2 yg mengharapkan kemudahan tiket penerbangan percuma utk balik hujung tahun ni terpaksa berdepan dengan masalah ‘tak leh balik’ sbb peruntukan utk kemudahan ini ‘tiada’. alhamduulillah saya dah pun beli tiket awal2 lagi. pelik, waran tiket dah kluaq, tapi tiket x dapat. yg bujang @ berdua dgn isteri tuh ok lah. kalau yg anak dah satu team futsal? emm.. tak pa lah… asalkan dapat bersama dengan anak.. walaupun tak leh balik bercuti.
azra dah makin membesar. bnyk karenah.. azra.. saat ayah berada dalam tekanan di sabah ni, ayah ingatkan karenah azra untuk hilangkan tekanan ayah kat sini. azra, senyuman azra cukup manis utk ayah.. cuma, abg ttp akan cuba utk sesi perpindahan tahun depan… kawan2 doakan utk aku… aku dah boring kat sabah nih.. budaya kerja kat skolah pun makin membuatkan aku ‘menyampah’ utk terus berkhidmat di SK KUALA SUAN LAMBA.

11 comments
  1. Tidak semua prkara yg kita tak mahu terjd itu buruk,dan X smua prkara yg kta mahu terjd itu baik.Apbila terjd perkara yang kita X mahu,teruskn bersabar.Allah memberikn prtolongn bgi stp kesabarn yg kita buat.Dn apabila terjd prkara yang kita mahu,berhati-hati.Jgn trlalu gmbira dn leka.Dikhuatiri disebalik prkara itu ada prkara buruk yang trlindung.Jd kmu perlu juga bersabar.Sabar bkn hnya wktu sulit,mlah juga pd wktu gmbira.

    just berkongsi,bro..
    he..

  2. Razaq..
    Bawa banyak bersabar..kebaikan tu hanya tuhan sahaj yg mengetahuinya..sekali lagi bersabar lah..
    Kesian rasanya bila razaq mengatakan ‘menyampah’ tu..paham benar bahawa hati tu terlalu kecewa dgn situasi semasa disana..
    Biarkanlah yg lain tu dgn perangai depa tapi demi budak2 tu bersabarlah dan teruskanlah mendidik mereka dgn penuh ikhlas..(bercakap memang mudah kan)
    Bersabarlah ..
    Teruskan mengajar dan tahun depan cuba apply lagi sampai berjaya..
    InsyaAllah berjaya..
    Sebenarnya ‘Permata Yg Baik’ tu memang sukar dilepaskan orang..
    Teruskanlah sebagai cikgu yg bertanggung dan penyayang kpd anak2 sabah sana tu..
    PakNgahZan berbangga dgn Razaq..

  3. Asheem Hj Attip said:

    Bersabar la wahai sahabat, mmg pkara sbegini d luar kawalan kita, apatah lg bukan sdikit yg memohon pindah ke negeri asal. Sbagai seorang yg baru mnjd ayah saya faham bgaimana rsanya bpisah jauh dgn isteri & anak. Sdgkan sya yg outstation 3-5 hari ke kota kinabalu sudah terasa ini kan pula berbulan2 d perantauan…Apa pun skali lg bersabar dan berdoa la smoga pertukaran sesi akan dtg akan bjaya. Smoga razaqq truskan khidmat d sk kuala dgn lebih cemerlang kerana anak2 di sana sgt memerlukan dedikasi seorang guru.

    • jenab said:

      kite dah 7 kali mohon tukar….nak blk ikut suami….anak sulung ngan suami…anak kedua ngan kite…sekarang ni tgh mengandung anak ke3…dah kering air mata en.razaqq weii…kawan kite 2 org brtugas 1 thn dah dpt tkr ikut suami…sama posting…sama opsyen….sama negeri yang dipohon…kite org kecik x blh nak wat ape…cuma brdoa jer laa…moga-moga terbukak pintu hati mereka org besar2 utk luluskan prmohonan kite…ustaz kita dulu kata…doa org yg teraniaya akn terkabul…walau apa pun kite tetap prcaya….kjaan kita suka tolong rkyt…dengar denyut nadi rkyt…tahu masalah rkyat…harap2 mrk sedar kite pon rkyt depa jgk…dulu..guru umpama lilin, berkorban, membakar diri diri sndiri…skrg…guru umpama lilin jgk tp membakar semua… ank n suami…

      • razaqq said:

        cuba lagi kak… inshaallah.. ada rezeki.. inshaallah.. rezeki anak… dok kat area mana ?

  4. bro saya selalu percaya ada hikmah atas setiap kejadian. saya dulu tak mahu belajar oversea, tapi setelah berlalu 10 tahun saya nampak keindahan yang saya tidak nampak ketika itu.

    Entryku kali ini

    Indah tari bunga silat
    Penuh muslihat menumpas lawan
    Meluncur di air sepantas kilat
    Terbang ke udara menggapai awan

    • razaqq said:

      hang tak pindah pun tak pa…

  5. ::: askm bro razaqq, pekabar? mmm biasalaa bro bila nak
    ::: bertukar tempat kerja mmg payah terutama agensi yg
    ::: bro kerja kekurangan staf.. samalaa jugak kami di sini..
    ::: akhirnya kawan2 saya dah fed-up, terus berhenti & mula
    ::: bekerja di tempat baru, bermula dari tangga bawah juga.
    ::: tapi part best, kawan saya tuh kerja di UiTM sbg lecturer.
    ::: terus ke DS45.. [kalo tak silap] hebat tuh [huhu] saya
    ::: pon ingin gak berpindah ke KL tapi buat masa nih saya
    ::: masih ‘setia’ di tempat lama.. Boring gak bila famili semua
    ::: ada di KL saya jer di selatan tanahair.. situasi bro mmg
    ::: lagi menduga kesabaran berbanding saya di sini, saya
    ::: paham..

    ::: tapi bro siap sebut lagi nama sekolah tempat bro bekerja
    ::: tuh [hehehe] nih tahap gaban menyampah ni.. takder
    ::: kata2 yg boleh saya katakan, cuma byk bersabar, byk
    ::: berdoa, byk berusaha & bykkan kawan2 ber’kabel’ besar.
    ::: insya-Allah..

    ::: [re] terima kasih bro atas kunjungan bro ke blog saya..
    ::: pasal UFO tuh adalah kisah benar yg terjadi pada malam
    ::: 2 oktober 2009.. saya, ibu & bapa saya [mereka datang
    ::: bercuti ke rumah saya masa itu] melihat kejadian itu..
    ::: semenjak dari itulah saya mula berminat utk memburu
    ::: UFO ni [huhu] bersama2 sahabat rapat saya [seorg
    ::: ghost hunter hehe] & juga kenalan dari ‘kumpulan’
    ::: mereka yg mempunyai minat sama [melalui internet &
    ::: forum]. melalui pemerhatian tak rasmi, UFO sightings byk
    ::: berlaku ketika waktu petang & maghrib-isyak [mcm jin
    ::: plak huhu] & jika ada bencana alam.. jgn endah keadaan
    ::: di langit kerana kita boleh ketinggalan sesuatu yg luar
    ::: biasa.. wallahualam Allahuakbar..

    ~ teruskan berkarya bro, boring2 ada gak ‘teman’ di blog nih😉

  6. Ambo said:

    Doa..Syukur..Sabar.. Ambo pun tak dapat pindah jugak tahun ni.. Baru 2 kali mohon.

  7. jenab said:

    kite dah 7 kali mohon tukar….nak blk ikut suami….anak sulung ngan suami…anak kedua ngan kite…sekarang ni tgh mengandung anak ke3…dah kering air mata en.razaqq weii…kawan kite 2 org brtugas 1 thn dah dpt tkr ikut suami…sama posting…sama opsyen….sama negeri yang dipohon…kite org kecik x blh nak wat ape…cuma brdoa jer laa…moga-moga terbukak pintu hati mereka org besar2 utk luluskan prmohonan kite…ustaz kita dulu kata…doa org yg teraniaya akn terkabul…walau apa pun kite tetap prcaya….kjaan kita suka tolong rkyt…dengar denyut nadi rkyt…tahu masalah rkyat…harap2 mrk sedar kite pon rkyt depa jgk…dulu..guru umpama lilin, berkorban, membakar diri diri sndiri…skrg…guru umpama lilin jgk tp membakar semua… ank n suami…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: