Bulan Mac Cuti Lagi..

1
Seronok juga cuti Tahun Baru Cina ni. Ada juga rezeki untuk balik bertemu degan keluarga. sedar tak sedar dah masuk tahun ke-6 aku kat Sabah. Dah berlumut dah… apply balik tak pernah dapat. Sakit kepala otak macam nih. Dengan berhutangkan Kad Kredit, dapat jugak aku balik ke kampung bertemu insan tersayang.
kali ni, balik saja dari sabah, hari jumaat malam tu sampai alor setar. sabtu hingga ahad hanya sempat bersama anak isteri sebelam malam saja… siangnya dengan tugasan tukang-ambik-gambaQ-kawen. teringat lagi saat sampai saja di airport alor setar, dok risau azra tak kenai ayah dia.. ya lah, 6 minggu tak jumpak. waktu dok tunggu beg, terdengaq suara azra dari jauh ‘ayah… ayah…’ dari jauh nampak azra melambai-lambai… kenai lagi rupanya.. tak sabaq nak peluk azra & ummi azra. tapi turn beg lambat pulak… dah hampir2 org terakhir dapat beg..
Azra dah pun 1 tahun 6 bulan. cepat sungguh masa berlalu. dia dah kenai orang. dah pandai panggil nama. ayah, ummi, mak ngah, mak cik, mak lang. bila nak ajak ayah dia keluar rumah, dia akan bawakan tudung pink & kasut.. dia akan sebut ‘ ayah, nak kai syut ‘, bila dia nampak ayah dia bersiap, dia akan tanya ‘ayah nak p na?’. bila ayah dia hilang dari pandangan, da akan tanya ‘mana ayah?’.. dia dah pandai menyembang .. bagi sesetengah orang, semuanya perkara biasa bagi setiap anak2 mereka.. tapi, aku jarang2 balik. tak nampak anak membesar depan mata.. ini lah rasanya seorang ayah dan suami bila berjauhan dengan keluarga..
nnt sambung lain lah entry n.. banyak kerja lagi nak di selesakan…

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: