Eg-Tukar – Apalah Khabar Sahabat-Sahabat Di Sabah

Hari ni, 25 Mei.. hari yang amat dinantikan oleh guru2 yang membut permohonan untuk pertukaran bagi sesi pertukaran Jun 2011. Sebelum tu, aku amat2 mengharapkan dan sentiasa berdoa kawan2 yang mana berjauhan dengan anak, isteri dan suami.. moga mendapat pengkhabaran yang baik..
Selama 6 tahun aku di perantauan, jauh dari keluarga. Hanya Sahabat-sahabat sebagai penguat semangat, tempat berkongsi masalah.. dan segalanya.. Alhamdulillah, tahun ke-7 aku dapat juga bertukar balik ke semenanjung. Walaupun masih lagi belum tinggal sebumbung bersama anak dan isteri, tapi rasa amat-amat bersyukur sebab dapat juga bersama mereka pada hujung minggu.
Allah merancang.. kita pun merancang.. tetapi, Allah lah sebaik-baik perancang. Terima lah khada’ dan Qadar Allah dengan redha.. memang perit rasanya bila masa semak keputusan pertukaran tu, tertera ‘Permohonan pertukaran anda ke – tidak diluluskan’.. fuh.. terasa macam nak pitam pun ada.. dah 11 kali nampak benda yang sama kat web EG tukar.. alhamdulillah.. kali yang ke-12 positif juga.. Allah Maha Pemurah.. Maha Pemberi Reseki.. dan mmg Dia lah sebaik-baik perancang.. Bila dah dapat tukar, baru lah tau, sbb apa Allah tab bagi lagi aku bertukar dlm permohonan yang sebelum ni.. Allahuakbar..
Kepada sahabat-sahabat yang masih berada diSabah, Aku doakan moga kalian dapat bertukar untuk sesi yang seterusnya.. teruskn usaha.. banyakkan berdoa.. tawakkal dan redha.. Salam Ukhuwah dari aku di langkawi.. Kepada yang dapat bertukar balik.. tahniah diucapkan…

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

2 comments
  1. honey said:

    i pun nak t-qar jua….good luck to my self..

    • razaqq said:

      sama2 lah doakan.. moga2 ko dapat tukar dekat sama suami dan anak mu itu.. good luck to u too😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: