Arkib

Uncategorized

Alhamdulillah, rezeki anak ke-2.. dapat balik pindah semenanjung.. walaupun tak lah tinggal sebumbung lagi dengan anak dan isteri… tapi saya rasa sangat2 bersyukur dapat selalu bersua. Sekarang saya bertugas di SK KEDAWANG; langkawi.. baru nak mulakan balik karier sebagai jurugambar. awal masuk nih kalut sikit lah dengan tugasan sebagai seorang guru.
Ta lah, sblm ni, bnyk relax jah kat Sabah…

Azra 11 bulan

mmg tersangat relax dok kat sabah.. kepala pun serabut.. penat, letih.. semuanya ada.. bila balik ke semenanjung, walaupun elaun bnyk ‘hilang’, tapi saya dapat rasa satu ketenangan yang saya tak perolehi sepanjang 6 tahun di Sabah. Tambah pula dengan kehadiran putra sulong.. anak yang ke-2 yang kami namakan Arif Rizqi bin Abdul Razak. Saya sisipkan sati gambar yang saya ambil ketika Arif Rizqi berumur 7 hari 🙂 .
Rizqi 7 bln

gambar kat buaian ni saya ambil dengan nikon S8000 compact jah.. skarang ni teknologi macam2 laa.. tak dan nak ligan.. apa yang saya dah ada pun, dah banyak ketinggalan.. kalau dok pikiaq nak update.. alamat, hidup tak kemana lah…

Rizqi dlm buaian

skarang rizqi dah nak masuk 3 bulan.. dah berisi.. rambut jah yang masih kurang.. 🙂 pasrambut dah cukup… dah hensem macam pak dia.. sesi fotografi akan disambung.. hehehe… doakan saya.. doakan saya selamat dan berjaya di tempat baru 🙂

Canon 40D + Canon 50mm f1.4
1

Aku ini, Adalah dirimu, Cinta ini, Adalah cintamu, Aku ini adalah dirimu, Jiwa ini adalah jiwamu, Rinduku ini adalah rindumu, Darah ini, adalah darahmu. Tak ada yang lain selain dirimu, Yang selalu ku puja. Ku sebut namamu, Disetiap hembusan nafas ku. Ku sebut namamu.
Ku sebut namamu…

Ya Allah…

Dengan tangan-Mu
Aku menyentuh
Dengan kaki-Mu
Aku berjalan
Dengan mata-Mu ku memandang
Dengan telinga-Mu ku mendengar
Dengan lidah-Mu aku bicara
Dengan hati-Mu aku merasa

Tak ada yang lain
Selain diri-Mu
Yang selalu ku puja
Ku sebut nama-Mu
Disetiap hembusan nafas ku
Ku sebut nama-Mu
Ku sebut nama-Mu

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

azra

Hai… Cinta.. Dengarkanlah, aku ingin berbicara…
Tentang aku dan kamu.. tentang cinta ku padamu…
Aku memang lelaki.. yg amat mencintai mu.. seorang isteri..
Dengan mu.. aku rasakan apakah cinta…
Bersamamu, ku rasakan cinta.. bersamamu kurasai rindu…
Bersamamu ku biasa jatuh hati… bersamu ku rasakan sesuatu…
Dan tak pernah kurasakan sebelumnya…
Kini hanya ku teringatkan perasaanku..
Tentang perasaan ku kepada dirimu.. yg semakin hari semakin menjadi-jadi…
Hati ku sudah memilih kamu menjadi.. separuh nafasku dan separuh jiwaku..
Kamu menjadi sebahagian hidupku..

Dok edit2 gambaq wedding, skali skala, buat lah sikit gambaq insan terchenta yg jauh. Gambaq azra atas tu, waktu pulang ke perlis dari KL. singgah kat hentian tapah kot.. waktu dia bangun tdo.. mamai2 lagi.. suruh dia pose kat atas kerusi.. hehe.. nampak macam dia malas nak layan kamera dan itu lah yg aku harapkan dari dia.. gambar satu lagi, mmg pakai kamera G10 jah.. seronok pakai G10 sbb kecik dan mudah di bawa kemana2.. boleh letak lampu denyar 580EX II lagik kat atas dia.. heheh… lagi berapa minggu nak balik.. bulan 4 ni baru lah boleh isi borang pertukaran balik ke semenanjung.. tak sabar nak tukar.. dah plan macam2. apapun semua yg Allah susun untuk aku, itu lah yg terbaik… satu lagi, gambar obor2 yg aku shot.. yg nih lah rasa cantik sikit pun.. saja2 nak share.. tak lah cantik mana pun… enjoys!!!
1

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

21
Alhamdulillah sesi penggambaran majlis kedua mempelai ini dapat dijalankan dengan lancar. Syukur pada Allah kerana memberikan aku idea yg tak terjangka saat aku memerlukan kreativiti yg mendalam untuk menzahirkan satu penceritaan sempurna dalam satu keping gambar. Terima kasih kepada Azmir & Hanis atas kepercayaan yg diberi untuk merakamkan saat terindah dalam permulaan hidup kerkeluarga. kerjasama yg di berikan amat aku hargai. segala kemudahan di sediakan dengan sempurna untuk photographer cabuk macam aku nih.. 🙂 . apapun, tahniah sekali lagi aku ucapkan kat hangpa. slamat pengantin baru.
gambar yg aku letak kat sini bukan lah best shot. cari secara rawak jah untuk publish kat blog. ada masa nanti, aku post lagi gambaq2 hangpa.. cuaca panas nih banyak memberikan cabaran…
apapun.. enjoys!!!!

untuk sebarang pertanyaan hubungi RazaQQ – 0.1.9.5.3.6.8.8.3.3

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

Untuk entry pertama tahun 2010. Mmg agak sibuk di awal persekolahan… Masih lagi di sekolah lama.. SK KUALA SUAN LAMBA. 4 orang guru masuk. 3 lelaki, 1 pompuan. Cerialah sikit skolah aku yg sblm ni makin suram iklimnya.. hehe.. apapun, tugas seorang guru perlu aku teruskan walaupun berat rasanya untuk berjauhan dengan insan tercinta.. mmg mencabar.
CH
Cuti yg lepas, aku dapat lah sikit2 job wedding. Photographer koman2 macam aku nih, tak banyak sangat dapat job. Huhuhu… apa pun, alhamdulillah, semua sesi yg aku p, dapat aku jalankan dengan jayanya. Tunggu nak siapkan album pulak lepas ni. Janji dengan client, Mac lah paling awal siap.
Tahun baru, harga pakej Wedding pun baru.. Harga permulaan dari RM1788*. Ada bintang plak. Hehehe… Untuk Akad nikah – Bermula dari RM888* .. pun ada bintang. Basic outdoor potraiture dari RM388*.. tetap ada bintang. ☺
CH2
Agak terhad lah masa untuk bersama keluarga cuti yg lepas. Apapun, ada juga masa yg terbaik untuk kami luangkan masa bersama. Tapi rancangan ke pantai timur tak kesampaian. Lepas nih plak lah ke sana. Yg sempat aku luangkan untuk keluarga dalam cuti ni adalah di Langkawi, Cameron Highland, KL, Penang. Situ saja lah.. apapun, percutian kali ni mmg amat bermakna dengan azra yg semakin bembesar. Semakin indah rasanya hidup berkeluarga. Sebelum ambik gambaQ wedding, ambik gambaQ keluarga dulu.. nak re-call balik lah apa yg terlupa.. nak perbaiki kualiti gambar yg sudah pun aku ambil sebelum ni.
ch3
Nak petik butang kamera tak susah. Tapi nak ciptakan moment utk dirakamkan dalap sebuah potret, amat lah susah.. macammana nak handle mak andam yg penuh pantang larang… macammana nak ambik pengantin pompuan.. ada jenih mak andam yg tak bagi langsung.. ntah hapa2 pantang larang lah… itulah cabaran untuk photographer. Tiap wedding pasti ada cabaran yg berbeza.. nak ceriakan majlis satu hal, nak dapatkan gambar yg cantik pun satu hal… kalau raja lawak, depa buat lawak 3-5 minit jah sorang, photographer kena buat lawak sepanjang majlis. Letih jugak.. apapun, kerja jadi tukang ambik gambaQ org kawen ni mmg best.. Ya Allah… Berikan ku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran yg mendatang.. Amin…

Razaqq Ghazali | Reka Lencana Anda

Letak satu gambar dulu.. saja2 nak terai lighting macam nih plak.. hehehe.. gambar ni aku ambik waktu nak balik dah.. check wishlist shot, ada tertinggal satu shot tepi tangga kat dapur rumah zarul.. hehehe.. Alhamdulillah, 70% wishlist shot berjaya di zahirkan dan hampir sama seperti yg di rancang. Apapun, terima kasih kepada pasangan Zarul & Zakirah.. pasangan yg happening.. seronok shot depa.. macam tak cukup masa plak kemarin.. hehehe.. apapun, tahniah kepada pasangan, semoga bahagia hingga ke Syorga!! Nnt aku upload lagi gambar hangpa..
Apapun, selepas habih job cuti ni, ada satu kesimpulan yg amat penting utk aku.. Aku memerlukan FullFrame system + 16-35mm f2.8L II.
1

Membina “photo studio” sendiri

-Bina ‘foto studio’ mini untuk sesi penggambaran di waktu siang untuk pencahayaan yg sempurna
-Gunakan selimut yg menarik warnanya dan bukan yg bercorak & berkartun – corak & imej pada selimut amat mengganggu kuali ti gambar bayi
-Pastikan bayi diletakkan di tempat yg selesa.
-Lihat dari Viewfinder @ liveView, pastikan hanya bayi anda dan selimutnya sebagai ‘background’ yg terdapat dalam gambar yg bakal di ambil. Hanya bayi & selimut.

Persediaan Kamera

-Pastikan kamera di Setting terlebih dahulu sebelum bayi di ‘setting’ kan.
-Padamkan ‘date-stamp’. Tanda tarikh pada gambar amat mengganggu kualiti gambar yg bakal diambil.
-Settingkan kamera untuk kualiti gambar yang paling maksima. Dan simpan imej asal yg cantik kualiti yang tinggi.
-Pastikan bateri penuh.
-Pastikan Memori Kad kosong sebelum sesi dijalankan.

Persediaan Bayi

-Menjadikan bayi sebagai model amatlah rumit. Yang pastinya, cuba sediakan dia dalam keadaan yg ceria.
-Baju bayi – jalur, corak dan fesyen baju bayi boleh mengganggu mood gambar. Pastikan baju yg sesuai.
-Pastikan juga wajah bati sentiasa bersih dari sebarang kotoran makanan dan sebagainya.
-Jika bayi anda meragam semasa sesi sedang dijalankan, ambil masa untuk rehat kan bayi, kembalikan keceriaannya dan sambung semula sesi selepas beberapa jam.. errrkkk.. jam?

Sesi Penggambaran!!

-Cuba ambil dari angle atas- hanya bayi berlatarbelakangkan selimut.
-Pastikan tiada mainan, pakaian lain, kaki kerusi, atau objek lain yg tidak dirancang untuk masuk bersama gambar yg bakal di rakamkan.
-Cari Angle yg berbeza – Anda mempunyai 180º angle.
-Objek utama sentiasa dalam focus point. Background sentiasa ‘bersih’.
-Ambil seberapa banyak gambar yang boleh. Setiap pergerakan bayi meninggalkan moment yg berbeza dan berlainan makna.
-Ubah lokasi jika pencahayaan menjadi semakin suram. Ambil masa untuk berfikir. Anda tahu gambar seperti mana yg anda mahukan.
-Don’t give up! If it’s not working out the first time you try, wait a while, change your setup, and try again soon!

Slamat Mencuba!!!

azra n ummi

Dah lama sangat rasanya tak update cerita terkini.. tak sempat nak mengadap sangat internet. maklumlah, cuti dah makin hampir, banyak tudasan yg perlu untuk disiapkan sebelum cuti bermula. periksa akhir tahun, kerja susulan selepas periksa, nak edit gambaq buat costum album, beberapa kursus, bengkel yg penting utk dihadiri. program2 anjuran PPD, KPM pun bnyk jugak untuk budak2. hadei.. tak cukup 24 jam sehari rasanya… kalau boleh nak 30jam utk sehari… tapi kalau pun 30 jam sehari, banyak habiskan masa dengan tidur pun tak guna jugak .. hehehe
apapun…. hari nih hari yg agak sedih juga. yg lah ,setelah 3 kali permohonan utk pulang berkhidmad di semenanjung tidak diluluskan, kali nih pun gagal jugak. azra dah makin membesar. banyak sngat peringkat pembesaran dia yg saya tak dapat ikuti bersama isteri tersayang. sihat sakit azra, ummi dia sajalah yg menjaga. ayah dok jauh. takat nak kirim duit tu, tak sama dengan sentuhan belaian seorang ayah.
apapun, untuk sesi pertukaran yg akan datang, saya akan terus memohon. apsal lah guru2 ni susah nak tukar balik antara negeri terutama yg berada di seberang laut ni. org yg kat atas sana tuh senang lah kerja. tak payah fikirkan susah senang berjauhan. tak payah fikirkan duit habis 3-4 ribu setahun utk tiket flight. ada orang cakap ‘kan ada tiket free tiap tahun?’. bagi yg tak tahu prosedur dan situasi kewangan kementerian, cakap mmg mudah… ya lah, contohnya, kawan2 yg mengharapkan kemudahan tiket penerbangan percuma utk balik hujung tahun ni terpaksa berdepan dengan masalah ‘tak leh balik’ sbb peruntukan utk kemudahan ini ‘tiada’. alhamduulillah saya dah pun beli tiket awal2 lagi. pelik, waran tiket dah kluaq, tapi tiket x dapat. yg bujang @ berdua dgn isteri tuh ok lah. kalau yg anak dah satu team futsal? emm.. tak pa lah… asalkan dapat bersama dengan anak.. walaupun tak leh balik bercuti.
azra dah makin membesar. bnyk karenah.. azra.. saat ayah berada dalam tekanan di sabah ni, ayah ingatkan karenah azra untuk hilangkan tekanan ayah kat sini. azra, senyuman azra cukup manis utk ayah.. cuma, abg ttp akan cuba utk sesi perpindahan tahun depan… kawan2 doakan utk aku… aku dah boring kat sabah nih.. budaya kerja kat skolah pun makin membuatkan aku ‘menyampah’ utk terus berkhidmat di SK KUALA SUAN LAMBA.